Pada dasarnya, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Ulu Manding ini baru ditubuhkan pada tahun 2012. Bangunan dimana tempat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Ulu Manding ini ditempatkan adalah milik JKKK Rh. Eddy, Ulu Manding. Pemilik tanah tempat bangunan ini dibuat adalah En Enjuai Anak Embas. Bangunan asal PEDi di Kampung Ulu Manding ialah Dewan Seberguna Rh. Eddy. Kampung Ulu Manding ini terletak di Daerah Pakan. Kampung Ulu Manding ini boleh dihubungi melalui jalan darat yang kira-kira lebih kurang sejauh 25 km dari Pekan Pakan. PEDi ini boleh dihubungi dengan jalan darat dengan mengambil masa lebih kurang 15 minit masa pemanduan dari Pekan Pakan. PEDi ini terletak di simpang Jalan Ulu Wak sebanyak 10 buah rumah panjang yang berdekatan dan melalui Jalan Ulu Wak ini.
Nama Pusat : Pusat Ekonomi Digital Kg Ulu Manding
Bilik GDW Kampung Ulu Manding
96510 Pakan, Sarawak.
Biodata Petugas
Nama : Angela Anak Ngali
Jawatan : Pengurus
No Telefon : 017-4237847
Nama : Alexson Antinio anak Tuat
Jawatan : Penolong pengurus
No Telefon : 013-2912083
Sejarah Lumbong Rentap
Lumbong Rentap, di sinilah letaknya rangka tulang seorang pahlawan Iban yang termasyhur yang bernama Libau, juga dikenali sebagai 'Libau Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menoa'. Beliau berjaya menentang serangan tentera Kerajaan Brooke dalam beberapa pertempuran. Pertempuran beliau yang terkenal adalah di Bukit Sadok, kira-kira 44 kilometer, 141 darjah ke tenggara dari Bukit Sibau, di Bahagian Sri Aman.
Rentap adalah orang jati Skrang.Semasa mudanya, beliau menyertai serangan di laut bersama-sama dengan seorang ketua Iban yang bernama Orang Kaya Pemancha Daya Bayang dari Saribas.Kemudian Rentap mengetuai banyak lagi ekspedisi di laut yang berjaya membuat namanya terkenal sebagai Ketua Perang di Skrang.Semasa James Brooke menjadi Raja Sarawak pada 25 September 1841, beliau mengisytiharkan orang-orang Iban dari Saribas dan Skrang sebagai Lanun.Rentap bertempur dengan Raja Brooke di Kerangan Peris, Skrang untuk pertama kalinya pada bulan Ogos 1844.
Pada awal 1853, Rentap dan orang-orangnya menyerang Brooke di Lintang Batang, sebelah Ulu Nanga Skrang tempat menantunya bertempur dengan beraninya dan membunuh Allan Lee. Pada bulan Ogos 1854, James Brooke dengan orang-orangnya seramai 7,000 orang-orang Dayak dan Melayu menyerang dan memusnahkan kubu Rentap di Sungai Lang. Rentap dan pengikutnya berundur ke atas Gunung Sadok. Pada 2 April 1857, Charles Brooke, pegawai yang menjaga Kubu James di Nanga Skrang menlancarkan satu ekspedisi terhadap Rentap di Gunung Sadok.Tentera-tentera Brooke masih gagal mengalahkan Rentap.Menjelang penghujung tahun 1858, Charles Brooke dan tenteranya menyerang Rentap di Sadok.Namun, sekali lagi mereka gagal.
Pada bulan September 1861, Charles Brooke melancarkan ekspedisi yang ketiga terhadap Rentap. Selepas pertempuran sengit itu, Charles Brooke dan orang-orangnya berjaya memusnahkan tempat kediaman Rentap. Kuasa Rentap mulai berkurangan tetapi beliau tidak menyerah diri secara rasmi. Rentap dan pengikutnya berundur lagi ke Bukit Lanjak. Dari sana beliau ke Entabai, cabang Kanowit, kemudian Sungai Wak, Julau dan di sana beliau meninggal dunia pada tahun 1870-an. Beliau dikebumikan dengan penuh penghormatan mengikut adat Iban yang dikenali sebagai "Lumbong" oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya. Lumbong adalah adat pengkebumian dengan mayat itu disimpan dalam keranda yang terletak di atas tanah, dalam satu bangsal yang dibina khas di atas bukit. Lumbong Rentap yang baru ini telah didirikan oleh Kerajaan Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada perjuangan Rentap untuk mendapatkan kebebasan dari rejim Brooke dan sebagai kenangan atas keazaman beliau untuk mempertahankan cara hidup tradisional orang-orang Iban. Perjalanan ke Lumbong Pahlawan Rentap ini mengambil masa selama 2 jam dari Pekan Pakan. Tempat ini berpotensi menjadi daya tarikan pelancongan di daerah ini dengan memanfaatkan sumber sejarah yang sedia ada. Ia juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengimbas kembali sejarah perjuangan pahlawan Iban menentang Brooke.
|