Kampung Ulu Manding terletak di Daerah Pakan. Kampung Ulu manding ini boleh dihubungi melalui jalan darat yang kira-kira lebih kurang sejauh 25 km dari Pekan Pakan dimana daerah Pakan ini pula mempunyai keluasan kawasan kira- kira sebanyak 924.6 km persegi dinaik taraf untuk menjadi daerah penuh pada 1hb Mac 2002, setelah menjadi daerah kecil sejak tahun 1973 dalam kawasan pentadbiran Daerah Julau, Sarikei. Pekan Pakan boleh dihubungi melalui jalan darat yang kira-kira lebih kurang sejauh 45 km dari bandar Sarikei. Berikut merupakan jumlah yang sudah mendaftar sebagai ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI ) Kg Ulu Manding :

JUMLAH KEAHLIAN : 618 Ahli , 123 pelawat ( Tarikh terakhir kemaskini :  Oktober , 2024 )

 

Statistik

Mengikut statistik yang diperolehi melalui Borang Profail Rh. Panjang pada tahun 2003, terdapat 220 buah rumah panjang dan hanya 125 telah didaftarkan di pejabat daerah. Selebihnya tidak berdaftar disebabkan oleh  masalah-masalah tertentu. Melalui borang tersebut juga didapati bahawa suku kaum Iban merupakan kaum majoriti yang mewakili 96.6% dari jumlah penduduk yang seramai 14,588 orang.

 Ini diikuti oleh kaum Cina sebanyak 2.5%, Melayu 0.5% dan selebihnya 0.4% adalah kaum-kaum yang lain.

(Sumber: Pejabat Daerah Pakan)

Populasi & Jumlah Penduduk: Kira-kira 18 ribu orang.

Wakil Rakyat Parlimen: Julau

Ahli Parlimen: P209 Julau - YB Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien 

ADUN           : N47 Pakan - YB Tan Sri Dato Sri William Mawan Anak Ikom

Suaikenal Lokasi * - Kampung / Kawasan Sekitar * - Dewan Masyarakat Pakan